Tuesday, February 1, 2011

Tip Menjaga Laptop

1 -- Downlaod software atau lagu percuma!
Software atau lagu percuma biasanya digunakan oleh hacker untuk meletakkan virus atau spyware! Sebaiknya beli software atau lagu yang original supaya terjamin keselamatan dan kualiti.

2 -- Meletak laptop di lantai !
Mudah dipijak, digunakan sebagai mainan oleh binatang peliharaan dan kanak-kanak ketika bermain!

3 -- Menyimpan kertas kerja di tengah antara skrin dan keyboard!
Kertas dapat merosakkan skrin yang mempunyai harga yang mahal untuk mengantinya

4 -- Menyimpan laptop pada kawasan yang sejuk!
Ketika anda membawa laptop ke tempat yang panas akan membentuk dan menyebabkan pergerakkan elektrik seluruh laptop anda. Demikian juga jika anda mengembalikannya ke tempat yang dingin akan mendorong terjadinya overloading

5 -- Menempatkan laptop di permukaan yang lembut!
Permukaan yang lembut, seperti karpet, bantal, tilam dapat menutup jalan lubang angin dan laptop anda menjadi terlalu panas. Sebaiknya Alaskan buku yang tebal supaya udara boleh keluar dengan mudah.

6 -- Menjatuhkannya!
Pembungkus kulit yang baik dengan bahagian pemisah adalah cara yang paling baik untuk menjaga laptop anda. Pastikan bahawa pembungkus ini memiliki bahagian pemisah untuk dikeluar pasang dan boleh menghindari hentakan pada laptop anda

7 -- Minum air di sekitar laptop anda!
Dalam keadaan tidak sedar, anda boleh menyenggol gelas minuman yang boleh tumpah ke keyboard. Hal ini boleh menyebabkan laptop anda rosak.

8 -- Memperbaiki laptop anda sendiri!
Laptop memiliki banyak kompenen kecil yang mudah patah, salah meletakkannya. Berikan kepada yang lebih professional, atau kedai baiki laptop!

No comments:

Post a Comment